Monday 16 December 2019

Biskut Ais Jem Mengimbau Nostalgia Zaman Kanak-kanak yang Menghiburkan :-)

Hai Readers yang budiman sekalian :-)

Hari ni sis terpanggil untuk buat sedikit ulasan tentang biskut ais jem atau nama omputihnya, iced gem biscuits keluaran Khong Guan.

Nama lain bagi biskut ni ialah biskut biji asam. Tak pasti la pula sis apa persamaan biji asam dengan biskut ni ;-) Nak kata rupanya seperti biji asam, sis tak nampak pula keirasannya. Nak kata rasanya masam pun tak juga. Ketika sis kecik-kecik dulu sis cuma panggil biskut ni dengan nama 'biskut aising keras'  atau pun 'biskut gula atas' ;-) Selain itu, nama lain bagi biskut ni ialah biskut butang. Dulu-dulu semasa masih kanak-kanak, sis paling suka makan topping gula kat atas tu saja, badan biskut tu simpan balik dalam tin biskut haha





Rekabentuk bungkusannya begitu memikat dengan penggunaan warna baby blue dan pink sebagai warna latar sebelah atas dan bawah bungkusan secara memanjang dari kiri ke kanan, selain daripada penggunaan warna yang sama untuk tulisan Biskut Ais Jem yang di'offset'kan ke sebelah kiri bagi memberi ruang yang selesa untuk memuatkan gambar biskut-biskut di serata muka hadapan bungkusan. Kedua-dua warna tersebut diharmonikan lagi dengan adanya warna putih di antara keduanya bagi menaikkan lagi warna-warna ceria topping gula pada gambar-gambar biskut ais jem di bungkusan tersebut.



Appealing to one's happy/nostalgic memories is indeed a powerful strategy to boost sales :-)
Sedap dan sungguh menambat hati biskut ni - dengan gula aising berwarna kuning, merah jambu, hijau  dan putih yang ceria, manis dan rapuh; bertakhta di atas biskut tepung gandum comel yang rangup dan lemak-lemak rasanya. Sedar tak sedar habis sepaket biskut ni sekali hadap sahaja! (Sedangkan sis sedang menjalani program diet yang ketat) :-) Begitulah kuatnya pengaruh nostalgia manis zaman kanak-kanak sehingga habis terbabas program dietku :-) 

Dalam banyak-banyak pengeluar biskut ais jem serata Malaysia, setakat ini sis dapati Khong Guan sahaja yang masih mengekalkan rasa biskut ais jem yang asli, yang serupa seperti ketika zaman sis masih kecil dahulu, iaitu dalam era 1980-an :-)

Pernah juga beli biskut ais jem daripada pengeluar dan pengilang yang lain tetapi rasanya tak sama, ada antara mereka yang meng'inovasi'kan resipi topping gula di atas biskut tu menyebabkan rasanya dah lari daripada rasa yang asal.

Biskut Ais Jem keluaran Khong Guan ini boleh didapati di Jaya Grocer pada harga RM2.90 untuk pek bersaiz 110 gram. Sis bagi 5 bintang memandangkan tekstur dan rasanya yang masih kekal tidak berubah hingga ke hari ini walaupun telah melebihi 30 tahun lamanya :-)

Kalau u olls ada terjumpa biskut Ais Jem Khong Guan ni pada harga yang lebih murah di tempat lain, ataupun biskut ais jem jenama berbeza tapi rasa dia sama, roger-roger sis kat sini na ;-)

1 comment:

  1. Memang nostalgia sungguh biskut ni, cheq sebut ni 'biskut warna-warni' atau 'biskut aiskrim' ja dulu 😋

    ReplyDelete

Sweet Childlike Qualities :-)

* comic strip courtesy of The Muslim Show